Jun 20, 2008

SMK CHERUL


SMK Cherul terletak di Felda Cherul di daerah Kemaman, Terengganu. Sekolah ini terletak kira-kira 55 km dari bandar Chukai Kemaman dan 54 km dari bandar Kuantan, Pahang. Sekolah ini mula dibuka pada bulan Jun 2007 dengan jumlah 11 orang guru dan 130 murid. Terdapat 7 buah blok di mana 2 blok digunakan sebagai blok kelas. Semasa awal pembukaan hanya terdapat 4 kelas iaitu 2 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Pada tahun 2008 jumlah murid bertambah menjadi 254 orang. Jumlah kelas meningkat kepada 8 kelas dengan 2 kelas untuk setiap tingkatan 1 sehingga 4. Dengan itu jumlah guru juga bertambah menjadi 19 orang.

No comments: